HEADLINES

Polis tahan empat lelaki culik, pukul, rakam gambar bogel tiga remaja

Siasatan awal mendapati, remaja lelaki berkenaan didatangi kumpulan lelaki terbabit yang mana salah seorang suspek dikenali mangsa

9:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tiga remaja berusia 14 tahun mendakwa dilarikan sekumpulan 10 lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai, Johor Bahru, sebelum dipukul dan dirakam gambar bogel, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh berkata, siasatan awal mendapati, remaja lelaki berkenaan didatangi kumpulan terbabit pada jam 8 malam yang mana salah seorang suspek dikenali mangsa.

Menurut beliau, mangsa terus dilarikan menggunakan tiga buah kereta ke sebuah lokasi yang tidak dapat dipastikan.

“Suspek telah memukul dan merakam gambar bogel mangsa serta mengugut akan menularkannya jika kejadian tersebut terbongkar. Suspek kemudiannya melarikan diri bersama-sama barangan peribadi mangsa dan meninggalkan mereka di lokasi sama.

“Mangsa yang cedera lebam di muka dan tangan diselamatkan dengan bantuan orang awam dan dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut sebelum membuat laporan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, empat lelaki berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun diberkas di Skudai pada 8 malam semalam bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu serta menemukan semula barangan milik mangsa.

“Permohonan reman terhadap keempat-empat suspek dibenarkan selama empat hari sehingga 20 Jun ini,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik dan Seksyen 324 (mendatangkan kecederaan dengan senjata).

Polis turut menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian. Usaha mengesan dan menahan suspek-suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan,” katanya. – 17 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Related