HEADLINES

Suami tikam isteri di bilik hotel kerana tuntut cerai direman 7 hari

Suspek seorang penganggur direman bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki yang disyaki membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Batu Gajah, Perak semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Jun.

Majistret, Azlin Zeti Zainal Abidin membenarkan permohonan reman berkenaan selepas lelaki berusia 36 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah, Perak pada jam 8.33 pagi tadi.

Suspek yang juga seorang penganggur direman bagi membantu siasatan kes itu tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Semalam, media melaporkan lelaki terbabit menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah pada jam 2 petang selepas membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Md Noor Aehawan Mohammad berkata, motif suspek membunuh wanita berumur 32 tahun berkenaan, dipercayai kerana tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh.

Katanya, siasatan polis menemukan mayat mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel itu, dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.

“Semakan mendapati suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian, iaitu pada 19 Jun (kelmarin).

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun sudah dipujuk,” katanya. – 21 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related