HEADLINES

Proses peralihan kepada model dwirangkaian 5G bermula hari ini: Fahmi

Semalam, DNB mengesahkan semua syarat terdahulu yang terkandung di bawah SSA berjaya dipenuhi pada 20 Jun 2024

5:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memulakan proses menentu dan melantik syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih (MNO) yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia bermula hari ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, ini termasuk mengeluarkan Pakej Maklumat Pemohon (AIP) pada 1 Julai 2024.

Menurutnya, proses itu akan dilaksanakan secara telus berdasarkan kuasa dan peruntukan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kementerian Komunikasi menyambut baik pengumuman daripada pihak Digital Nasional Berhad (DNB) berkenaan penyempurnaan syarat-syarat duluan bagi Perjanjian Langganan Saham (SSA) bersama CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications untuk memegang saham dalam DNB.

“Ini merupakan antara langkah utama ke arah peralihan kepada model dwirangkaian 5G di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, DNB mengesahkan semua syarat terdahulu yang terkandung di bawah SSA berjaya dipenuhi pada 20 Jun 2024.

DNB berkata, ia adalah pencapaian penting mengenai SSA dengan empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) di Malaysia iaitu CelcomDigi Bhd melalui Infranation Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, dan YTL Communications Sdn Bhd melalui YTL Power International Bhd.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pihaknya komited melaksanakan keputusan kerajaan agar negara beralih kepada model dwirangkaian 5G dalam usaha untuk menamatkan unsur monopoli perkhidmatan 5G.

Katanya, langkah itu sekali gus memacu hala tuju industri telekomunikasi yang lebih berdaya saing dan mapan.

“Pelaksanaan rangkaian 5G kedua ini akan dapat membantu usaha meningkatkan liputan 5G, mewujudkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi, serta memastikan harga pelan dan mutu perkhidmatan 5G yang baik untuk rakyat,” katanya. – 21 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related