◉ HEADLINES

Jangan jadikan perbezaan bidang kuasa jejas pembangunan pendidikan Sarawak: Abang Johari

Pada akhirnya, Kerajaan Persekutuan, negeri mempunyai matlamat sama iaitu melahirkan lebih ramai bakat untuk pembangunan masa depan negara

5:23 PM MYT

 

KUCHING – Perbezaan bidang kuasa Persekutuan dan negeri tidak seharusnya menjadi isu dalam pelaksanaan pembangunan pendidikan di Sarawak kerana usaha itu boleh dilakukan menerusi kerjasama kedua-dua pihak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kedua-dua kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai hasrat yang sama untuk melahirkan lebih ramai bakat bagi meneruskan usaha pembangunan negara.

“Guru pula berkehendakkan anak didiknya pandai. Saya pasti anda semua mahukan anak murid anda berjaya dan menyumbang sesuatu kepada negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, kerjasama beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membangunkan sektor pendidikan di Sarawak bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini mereka pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab untuk sektor itu dalam era 90-an.

“Saya sudah bincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya kata kenapa kita tidak bekerjasama mengenai pendidikan, seperti ketika anda (Anwar) Menteri Pendidikan (sebelum ini) dan saya menjaga pendidikan di negeri,” katanya dan menambah hasrat itu sudah disuarakan kepada Anwar sewaktu lawatan Perdana Menteri ke Kota Samarahan baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan pembangunan pendidikan seperti pembaikan sekolah dan infrastruktur daif yang menjadi tanggungjawab Persekutuan menggunakan dana kerajaan negeri terlebih dahulu, sebelum dibayar balik oleh kerajaan Pusat.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menyatakan penghargaannya kepada kerajaan Persekutuan yang bersetuju untuk menurunkan kuasa pelaksanaan keputusan berkaitan pembangunan pendidikan di Sarawak kepada Pengarah Pendidikan Negeri.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang telah memberi kuasa kepada Pengarah Pendidikan Sarawak dalam menguruskan pendidikan di Sarawak,” katanya. – 22 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Gunung Jerai: unearthing its history, unveiling its mystery

The word “Gunung Jerai” or “Mount Jerai” has been a familiar term since I embarked on a quest to explore Malaysian history and heritage. This site is however not within the radar of most local or foreign tourists.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related