HEADLINES

Penjelasan mengenai penjualan saham MAHB tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Soalan itu diajukan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri

8:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. 

Mohd Shahar meminta Perdana Menteri menyatakan penjelasan terhadap keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB itu. 

Pada sesi yang sama, Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta Perdana Menteri menyatakan strategi kerajaan susulan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-34 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2024. 

Pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pula, Manndzri Nasib (PN-Tenggara) meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bentuk bantuan yang disediakan kepada pembeli rumah yang berdepan masalah projek sakit khususnya projek perumahan di bawah inisiatif perumahan rakyat. 

Selain itu Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) meminta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kes yang diterima menerusi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental sehingga kini, serta tindakan susulan yang diambil untuk membantu golongan yang memerlukan.

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan bagi Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali kedua daripada Menteri Sumber Manusia. 

Turut tersenarai dalam aturan mesyuarat hari ini ialah pembentangan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024, juga daripada Menteri Sumber Manusia. 

Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. – 25 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related