HEADLINES

PRK DUN Nenggiri ditetapkan 17 Ogos

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 3 Ogos ini

12:34 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, di Kelantan adalah pada 17 Ogos ini.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 3 Ogos ini.

Beliau berkata SPR akan menggunakan daftar pemilih terkini sehingga 18 Jun 2024.

“Terdapat seramai 20,259 pemilih yang terdiri daripada 20,245 pengundi biasa dan 14 orang anggota polis. PRK DUN Nenggiri memerlukan peruntukan sebanyak RM1.6 juta,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di Putrajaya hari ini.

Menurut Ramlan, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 3 Ogos sehingga 11.59 malam 16 Ogos, manakala urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK tersebut dibuka mulai hari ini secara dalam talian.

Pada 18 Jun lalu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada mengenai keahlian bekas ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang gugur daripada Bersatu.

Ia susulan tindakan Azizi, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injuksi Aziz bagi menangguhkan pengumuman tarikh PRK DUN berkenaan.

Bersatu sebelum ini mengumumkan enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu digugurkan keahlian iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari. – 28 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Red flags ignored, govt money down the drain? A recap of the LCS saga

The eye-watering RM9 billion littoral combat ships project courted controversy last year when multiple government and corporate reports outlined discrepancies behind the deal with main contractor Boustead Naval Shipyard and other companies.

Teen suspect in school stabbing influenced by violent online content, not gaming: cops

Investigations reveal the 14-year-old was shaped by disturbing online videos, not peer pressure or video games, as authorities delve into his psychological state

Balancing act: honouring Jalan Sultan’s past and embracing contemporary needs 

Laden with history, Sultan Street was the first point of entry along the main artery into the town – High Street, today known as Jalan Tun H.S. Lee, and also the first point of entry for Chinese migrants into the city from the river

Related