HEADLINES

Pelajar parah terjatuh tingkat 5 bangunan sekolah meninggal dunia

Remaja lelaki berusia 13 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang pada jam 2.30 pagi tadi

10:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar di sebuah sekolah di Kajang yang cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah terbabit kelmarin, disahkan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof berkata, remaja lelaki berusia 13 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang pada jam 2.30 pagi tadi.

“Siasatan lanjut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah terbabit.

“Pelajar itu dirawat di Hospital Kajang dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan. Punca kematian disebabkan jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, satu pasukan siasatan khas juga telah ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi menyiasat kes ini dengan lebih terperinci.

Katanya, setakat ini seramai lapan saksi dipanggil bagi dirakam percakapan.

“Kes diklasifikasikan mati mengejut dan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Muhammad Faizal Azizi di talian 011-16120032 bagi membantu siasatan,” katanya. – 29 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Maxim licence termination: company in talks with authorities on resolution

Russian-based e-hailing platform defends its compliance measures, saying that drivers undergo inspection to ensure they meet Apad and Transport Ministry requirements

Related