HEADLINES

Calon PH garis 4 teras dalam manifesto Padu, iltizam selesai isu air dan jalan di Sg Bakap

Manifesto itu bertemakan ‘Iltizam Cikgu Joohari – Perpaduan Untuk N-20 Sungai Bakap’

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin menggariskan empat teras utama dalam iltizam atau manifestonya yang dilancarkan malam ini bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Empat teras yang terkandung dalam manifesto bertemakan ‘Iltizam Cikgu Joohari – Perpaduan Untuk N-20 Sungai Bakap’ itu tertumpu kepada aspek Prasarana (P), Akhlak, Akademik, Anak Muda (A), Damai (D) dan Untuk Semua (U).

Menurut Joohari, iltizam (manifesto) yang dibuatnya itu mengambil kira rintihan permasalahan dihadapi penduduk setempat genap seminggu berkempen termasuk isu bekalan air serta kesesakan jalan raya di kawasan berkenaan.

“Saya sedar tentang isu-isu yang berlaku di Sungai Bakap… saya telah berjalan di semua lapan daerah mengundi dan mendengar rintihan tentang isu (penduduk setempat).

“(Sehubungan itu) saya selesaikan dengan empat Padu (manisfeso) yang mana P merujuk kepada keprihatinan Prasarana dan progresif seperti isu air, pendidikan dan kesesakan jalan. Sekiranya saya dipilih, InsyaAllah ia akan menjadi lebih mudah (untuk diselesaikan) kerana saya akan memanfaatkan kerajaan Pulau Pinang (yang merupakan pimpinan dari parti PH).

“Selain itu, A pula merujuk kepada Akhlak, Akademik dan Anak Muda. Saya mahu memastikan anak muda (di Sungai Bakap) mempunyai pendidikan mencukupi, di samping punya otak (bijak pandai), mereka juga perlu punyai akhlak (baik),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan manifesto berkenaan pada program Ceramah Perpaduan di Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam tadi.

Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sementara itu, teras ketiga iaitu Damai (D) merujuk kepada kedamaian dan keharmonian semua masyarakat di Sungai Bakap, yang menekankan konsep kasih sayang sesama manusia berbilang kaum.

Teras terakhir, Untuk Semua (U) pula menggambarkan iltizam Joohari untuk menabur khidmat bakti kepada semua penduduk dan pengundi tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

“(Saya percaya) pengundi di Sungai Bakap faham konsep Untuk Semua (merujuk) kepada kata-kata Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ‘anak Melayu anak kita, anak Cina anak kita dan anak India anak kita’.

“Kita atau kerajaan (yang dipilih) adalah untuk membantu rakyat. Saya tidak memberikan janji tetapi saya berikan iltizam yang kita (PH) sungguh-sungguh nak buat dan laksanakan (manifesto) PADU.

“Jadi berilah kerjasama dengan keluar mengundi pada 6 Julai nanti. PerPADUan demi Sungai Bakap!” katanya.

PRK DUN Sungai Bakap yang akan diadakan pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan di antara calon PH, Joohari dan calon PN, Abidin Ismail.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

PRK berkenaan merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022. – 30 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

Related