HEADLINES

Kanak-kanak 5 tahun maut dilanggar ketika berbasikal

Perodua Ativa yang dipandu seorang lelaki berumur 34 tahun sedang bergerak menuju pintu pos pengawal Taman Nusari Aman 1B apabila datang sebuah basikal ditunggangi kanak-kanak perempuan berumur lima tahun dari arah bertentangan

4:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kegembiraan seorang kanak-kanak berusia lima tahun ketika bermain basikal berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia akibat dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan, Seremban, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Mohamad Hatta Che Din, siasatan awal mendapati kemalangan terbabit berlaku apabila kenderaan jenis Perodua Ativa yang dipandu seorang lelaki berumur 34 tahun, sedang bergerak dari arah Jalan Nusari Aman 2/2M menuju pintu pos pengawal Taman Nusari Aman 1B.

Katanya, ketika pemandu itu dalam perjalanan, datang sebuah basikal ditunggangi seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun dari arah bertentangan.

“Kanak-kanak itu yang sedang bergerak di belakang sebuah kenderaan jenis 4×4, masuk ke laluan Perodua Ativa.

“Pemandu Perodua Ativa tidak sempat mengelak dan terus melanggar basikal mangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Mohamad Hatta berkata, akibat kemalangan, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan di badan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan.

“Pada jam 8.05 malam hari sama, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di zon unit rawatan rapi (ICU) Hybrid hospital berkenaan,” katanya.

Justeru, ujarnya, ibu bapa atau orang dewasa dinasihatkan untuk mengawasi pergerakan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti di luar rumah, terutama yang menggunakan jalan raya supaya perkara tidak diingini dielakkan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini, boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, iaitu Inspektor Fadzilah Ahmad di talian 016-2895801.

“Mereka juga boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

“Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – 1 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related