HEADLINES

Pemilihan MNO bagi rangkaian 5G kedua akan dibuat pada akhir tahun: Gobind

Semua syarat-syarat perjanjian langganan saham (SSA) telah dipenuhi oleh semua MNO

5:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Proses pemilihan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) bagi peralihan kepada model rangkaian dwi borong (DWN) 5G dijangka selesai menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata semua syarat-syarat perjanjian langganan saham (SSA) telah dipenuhi oleh semua MNO, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berharap dapat memulakan proses pemilihan yang merupakan peringkat kedua bagi menentukan siapa akan membangunkan rangkaian 5G seterusnya.

“Mereka (MCMC) tidak diberi tempoh masa untuk proses itu tetapi saya harap ia boleh dimulakan sebelum akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran produk pelaburan emas TNG Digital Sdn Bhd, e-Mas, hari ini.

Sementara itu, TNG Digital menyasar mencapai 500,000 pelanggan yang melanggan produk e-Mas menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Alan Ni berkata jangkaan itu adalah susulan maklum balas awal positif daripada 40,000 pelanggan yang mula melabur semasa prapelancaran produk pada minggu lepas.

“Kami sangat gembira dengan sambutan awal yang kami terima daripada pelanggan kami.

“Jadi, saya rasa kami cukup yakin ini akan menjadi pelaburan emas terbesar di Malaysia dari segi pengguna,” katanya pada sidang akhbar.

E-Mas, yang diperkasakan oleh CIMB Bank Bhd sebagai penyedia kecairan, melengkapkan tawaran pelaburan sedia ada TNG Wallet.

Para pengguna boleh mula melabur serendah RM10 tanpa kos tersembunyi mulai hari ini. – 2 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related