◉ HEADLINES

Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi

MCMC memaklumkan 27 pemancar lagi masih belum dapat beroperasi

8:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah yang terjejas akibat banjir setakat 10 pagi semalam.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan 27 pemancar lagi masih belum dapat beroperasi.

“Daripada jumlah keseluruhan menara yang terjejas, 34 menara pemancar terpaksa diputuskan bekalan elektrik oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) atas sebab keselamatan, manakala lima lagi terputus hubungan disebabkan oleh jalan yang dinaiki air dan dua menara pemancar mengalami kerosakan peralatan elektronik,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan pecahan daerah, sebanyak 13 menara pemancar di daerah Penampang telah dibaik pulih, 19 lagi masih belum beroperasi, manakala di Kota Kinabalu, satu menara telah beroperasi semula dengan empat lagi dalam proses pembaikan.

Selain itu, kesemua tiga menara pemancar di daerah Tuaran dan satu lagi di daerah Kota Marudu masih belum beroperasi.

Dalam perkembangan sama, menurut MCMC satu daripada lima Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) turut terjejas dan tidak dibuka kepada orang ramai untuk sementara waktu sehingga keadaan kembali normal.

“Bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan bagi membolehkan pusat NADI di Kampung Sungai Damit, Tuaran boleh dibuka untuk operasi sesegera mungkin,” menurut MCMC. 

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa MCMC Sabah akan terus memantau untuk memastikan liputan telekomunikasi di keempat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi dengan baik bagi kemudahan mangsa banjir.

“Berdasarkan hasil ujian pemantauan kualiti liputan (QoS), tiada aduan berkaitan kualiti liputan yang diterima di PPS berkenaan setakat ini,” kata MCMC. 

Pada Ahad lepas, selepas beberapa jam hujan lebat dari tengah hari, dilaporkan banjir kilat melanda Penampang dan Sipitang, menyebabkan banyak jalan tidak boleh dilalui, manakala kawasan di Kota Kinabalu dan Penampang turut mengalami pemotongan bekalan elektrik. – 3 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related