◉ HEADLINES

Debat: Rafizi hanya berani cakap berdegar-degar depan penyokong, kata Isham Jalil

Isham menggelar Rafizi sebagai pengecut dan penakut selepas tiga kali ajakannya untuk berdebat ditolak

7:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas digelar ‘hantu raya’ tidak berparti, bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyifatkan Rafizi Ramli sebagai pengecut kerana memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada berdebat dengannya.

Menurut Isham, beliau sudah tiga kali mengajak Rafizi yang juga Menteri Ekonomi untuk berdebat namun Rafizi memberikan pelbagai alasan.

Jelasnya, sebab itulah beliau menggelar Rafizi sebagai pengecut dan penakut, hanya berani cakap berdegar-degar depan penyokongnya sahaja.

“Dulu masa saya ada jawatan dalam parti sebagai Ahli Majlis Tertinggi pun saya pernah ajak dia berdebat tapi dia mengelak. Saya pernah ajak dia berdebat isu LCS tapi dia lari, isu Penang South Island tapi dia lari juga, dan isu diesel pun dia lari.

“Dia jadi menteri melalui pembohongan. Sudah jadi menteri membohong lagi. Sudahlah pembohong, penakut pula. Inilah pengecut telur turun tiga sen bernama Rafizi,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai gelaran ‘hantu raya’ oleh Rafizi kerana Isham Jalil tidak menganggotai mana-mana parti politik.

Rafizi berkata, beliau berdebat dengan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman kerana Syahir dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) serta oleh partinya PAS.

Meskipun Syahir lebih junior daripadanya, Rafizi berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk berdebat namun dalam isu Isham, sekurang-kurangnya Isham perlu menjadi pemimpin parti politik.

“Dia (Isham) duk melalak sekarang ini, ajak berdebat. Dia tiada apa-apa cuma sekarang ini PAS ambil kesempatan kerana PAS tahu sokongan kepada parti itu sudah tepu dan cuba mengadu domba anggota Umno untuk mengundi dia,’’ katanya dalam ceramah di Sungai Bakap, malam tadi.

Baru-baru ini, Isham menunjukkan bukti pernah menolak untuk hadir ke siaran ‘podcast’ Yang Bakar Menteri (YBM) oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kerana tetap dengan pendirian mahu berdebat dalam gelanggang neutral. – 5 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related