◉ HEADLINES

Kerajaan Perpaduan hormati suara rakyat di Sg Bakap, terima kekalahan: Anwar

8:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan menghormati dan menerima kekalahan calon Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau turut menerima suara rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

“Selaku Perdana Menteri, saya dengan penuh tawaduk menerima suara rakyat DUN Sungai Bakap yang berlangsung ketika negara, sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan Madani,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Pengerusi PH itu berkata, kerajaan pimpinannya menginsafi keputusan terbabit, dengan menggilap azam memperhebat usaha membela nasib rakyat.

Calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail (tengah) diumum sebagai pemenang pada PRK Sungai Bakap dengan majoriti 4,267 undi selepas memperoleh 14,489 undi, menewaskan Joohari (10,222). – Gambar Bernama, 7 Julai, 2024

“(Ia) sekali gus menjayakan agenda mengangkat martabat dan darjat rakyat serta negara.

“Dengan dasar dan komitmen jitu, gabungan Kerajaan Perpaduan akan terus mengukuhkan kesatuan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif, bertepatan dengan realiti hari ini serta anjakan baharu negara yang sedang berjalan,” katanya.

PRK Sungai Bakap menyaksikan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail, sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan terbabit di DUN berkenaan.

Abidin meraih 14,489 undi menewaskan Joohari yang memperoleh 10,222 undi, dengan merekodkan majoriti 4,267 undi. – 7 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related