◉ HEADLINES

Tumpuan Malaysia ialah pemulangan aset 1MDB: Saifuddin Nasution

Kerajaan difahamkan terdapat perjanjian penyelesaian dikatakan antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dengan ahli perniagaan sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low berhubung isu terbabit

2:15 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan pada masa ini memberi tumpuan terhadap usaha pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata kerajaan difahamkan terdapat perjanjian penyelesaian dikatakan antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dengan ahli perniagaan sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low berhubung isu terbabit.

“Apabila aset itu dikembalikan kepada DOJ, kita tahu ia membabitkan aset negara, sudah tentu fokus kita tentang asset repatriation (pengembalian aset),” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Larian Hari Polis di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada kerajaan tidak memberi tumpuan kepada usaha memburu Jho Low, Saifuddin Nasution berkata fokus kerajaan buat masa ini hanya melibatkan proses penghantaran pulang aset negara.

Baru-baru ini, Jho Low dilaporkan akan menyerahkan harta bernilai lebih US$100 juta (RM471 juta), termasuk sebuah apartmen mewah di Paris dan karya seni Claude Monet dan Andy Warhol.

Tindakan itu dibuat bagi menyelesaikan kes pelucutan hak sivil berhubung peranannya dalam skandal rasuah dan penyelewengan dana syarikat pelaburan 1MDB.

Aset yang dilucut hak itu adalah tambahan kepada hampir US$1 bilion (RM4.19 bilion), termasuk kapal layar bernilai US$120 juta (RM503 juta) yang Jho Low dan keluarganya dilucut hak sebelum ini. – 6 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related