HEADLINES

Markah PAJSK lepasan SPM tercicir: KPM saring semula data

Tindakan itu diambil susulan kes markah PAJSK seorang lepasan SPM kosong hingga menyebabkan dia gagal dalam permohonan untuk meneruskan pengajian ke universiti biarpun mendapat keputusan semua A

10:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menyaring semula data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tercicir untuk pemarkahan itu.

Menurut KPM, data terbabit akan diserahkan kepada Unit Pusat Universiti (UPU) bagi tujuan padanan dan penawaran untuk pelajar, melanjutkan pengajian mengikut kelayakan mereka dan kekosongan program.

“KPM mengambil serius isu calon lepasan SPM yang tercicir markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

“Tindakan segera sudah diambil untuk menyaring semula data PAJSK calon tercicir,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai isu dialami seorang pelajar cemerlang SPM 2023 menerima markah PAJSK kosong didakwa kerana berlaku kesilapan dalam penilaian itu.

Akibat situasi itu, pelajar sekolah tahfiz yang mendapat keputusan semua A bagi mata pelajaran diduduki ketika peperiksaan berkenaan, didakwa tidak mendapat tempat dalam pilihan pertama UPUOnline.

Isu terbabit bukan sahaja kecoh diperkatakan netizen, malah mendapat perhatian beberapa pihak, termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mendesak kerajaan memberi penjelasan berhubung dakwaan kesilapan pengisian markah PAJSK.

Timbalan Presiden GPMS, Ahmad Thibri Mashri dilaporkan berkata, isu terbabit sudah timbul beberapa hari, namun tiada sebarang penjelasan dibuat KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi KPT.

Pada masa sama, KPM memaklumkan, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara terperinci berhubung perkara berbangkit.

“Kementerian akan melaksanakan langkah intervensi bagi memastikan isu yang timbul diatasi segera dan tidak berulang,” katanya. – 7 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related