◉ HEADLINES

Mahu Umno menang? Jangan takut berkata benar walau pahit: Akmal

Katanya, pemimpin Umno mesti mengembalikan parti itu kepada rakyat dengan mendengar suara mereka

9:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno mesti mengembalikan parti itu kepada rakyat dengan mendengar suara mereka, sebagai ‘resepi’ bagi memastikan ia mampu menambat kembali hati pengundi.

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pemimpin di peringkat kawasan dan cawangan harus melaksanakan perkara itu untuk memastikan kemenangan parti Melayu berkenaan.

Menurutnya, walaupun apa diluahkan rakyat itu ‘pahit’ untuk diterima, pemimpin terbabit harus bercakap benar dalam menyampaikannya kepada parti.

“Kalau Umno nak menang sekali lagi saya ingatkan mesti dengar suara rakyat di bawah, jadi saya nak minta ibu, ayah di peringkat kawasan, di peringkat cawangan masing-masing, kita kena cakap yang betul walaupun pahit, itu saja (cara) nak menang.

“Tak boleh ‘bos kita ok bos’, ‘tempat saya ok’, itu yang kita kalah, kalau nak menang buat cara nak menang, macam mana, kembalikan Umno ini kepada rakyat biarlah rakyat menentukan apa yang Umno nak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program di Ipoh, Perak malam tadi seperti dikongsikannya di Facebook.

Dr Akmal menegaskan, beliau menerima jika ada pihak tidak berpuas hati dengan prinsip dibawanya yang menggesa supaya Umno dikembalikan kepada rakyat.

Tegasnya, beliau percaya apa dikatakannya itu adalah sama seperti dirasai semua pihak dalam Umno.

Malah, katanya, prinsip diperkatakannya itu sememangnya cara utama untuk membuatkan Umno meraih kejayaan.

“Nak tahan saya, orang nak tangkap saya, tangkaplah, orang nak buat apa buatlah, sebab saya percaya apa yang saya bawa ini adalah semua daripada lubuk hati ibu, ayah, sahabat,” katanya.

Segelintir pihak termasuk penganalisis politik melihat Umno semakin lemah, dengan sesetengah mendakwa parti itu sudah tidak relevan.

Malah, ia dikatakan sebagai antara punca menyebabkan Umno kalau teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – 8 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related