◉ HEADLINES

Kajian semula jajaran, langkah mitigasi projek PJD Link akan dibawa ke MTES

PJD Link projek yang bagus tetapi masalahnya adalah jajaran, justeru cara membetulkannya ialah dengan mendengar serta melihat jajaran baharu yang dicadangkan: Izham Hashim

9:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) adalah cara saintifik untuk mengetahui di mana bantahan berlaku serta langkah mitigasi dijalankan ke atas Projek Lebuh Raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link).

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim (Pandan Indah – PH) berkata, PJD Link projek yang bagus tetapi masalahnya adalah jajaran, justeru cara membetulkannya ialah dengan mendengar serta melihat jajaran baharu yang dicadangkan.

“Daripada SIA kita tahu di mana bantahan berlaku, apa langkah mitigasi yang dibuat.

“Itu cara kerajaan negeri. Kita tolak atau terima projek itu bukan disebabkan nama projek tersebut tetapi kita melihat kepada keperluan sama ada ia bersesuaian atau membawa kebaikan kepada rakyat.

“Kita kaji semua sebelum membuat keputusan tetapi kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk meluluskan, ia di bawah kerajaan persekutuan,’’ katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) yang ingin mengetahui sama ada projek PJD Link akan diteruskan atau tidak.

Mengulas mengenainya, Izham berkata, perkara itu akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) untuk dibincangkan.

Pada April, kerajaan membatalkan PJD Link selepas pemaju gagal memenuhi enam daripada 11 syarat ditetapkan.

Scoop sebelum ini melaporkan pembatalan projek PJD Link akan menyebabkan pembayar cukai mungkin menanggung kos pampasan melebihi RM20 juta.

Bagaimanapun, terdapat sokongan terhadap projek itu dari komuniti berhampiran di Taman Medan, Kinrara, Kampung Kayu Ara dan Kampung Melayu di Petaling Jaya.

Kumpulan usahawan, termasuk kontraktor Bumiputera turut menyuarakan sokongan terhadap projek bernilai RM4.4 bilion itu yang dianggarkan bakal mewujudkan kira-kira 12,000 peluang pekerjaan. – 11 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

◉ Related