HEADLINES

Kes seleweng dana: Reman pempengaruh suami isteri disambung tiga hari

Mereka bersama dua lagi individu sebelumnya direman empat hari sejak 11 Julai bagi membantu siasatan

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh reman pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dan dua individu disambung tiga hari hingga Selasa ini, bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kebenaran untuk menyambung reman empat individu terbabit dikeluarkan Majistret Siti Zahirah Zaidon.

“Perintah sambung reman hingga 16 Julai itu diberikan selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, berikutan tempoh asal semua suspek tamat pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan sambungan tempoh reman terbabit.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, menurut sumber, semua suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an ditahan SPRM pada 10 Julai lalu, kira-kira antara jam 6.30 petang hingga 11 malam.

Mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya keesokannya dan perintah reman empat hari sehingga 14 Julai, dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Suspek yang juga pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan terbabit sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma apabila tidak disalurkan dengan cara betul.

“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan masih diperingkat awal.

“Pada masa sama, dua lagi suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes sama,” katanya.

Sebelum ini, sebuah akaun di Facebook mendakwa pasangan itu membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi, sehingga isu berkenaan menerima perhatian ramai.

Akaun terbabit turut mendakwa personaliti media sosial itu, sanggup mencipta kontroversi mengenai situasi rumah tangga mereka demi mencari publisiti dan simpati masyarakat. – 14 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

2025 SEA Games to offer record 585 events across Thailand

The upcoming Games will have significant changes in athletics, gymnastics, and other disciplines, promising a historic showcase from Dec 9-20

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Degazetted: 67.6 Hectares land in Kinrara, Puchong, for mixed Development – Ravindran Raman Kutty

Degazettement of Kinrara forest sparks alarm over water security and Selangor’s last green lung

Related