HEADLINES

Stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart, isteri dan 3 pengarah bebas, lepas tuduhan lukakan perasaan orang Islam

Bagaimanapun, kedua-dua syarikat itu masing-masing didenda RM60,000 atas pertuduhan tersebut

2:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, melepaskan dan membebaskan (DNA) Pengasas Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Chai Kee Kan (KK Chai) dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Selain itu, tiga pengarah syarikat pembekal stoking berkenaan, Xin Jian Chang Sdn Bhd turut mendapat perintah DNA selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan ke atas lima individu berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua syarikat itu masing-masing didenda RM60,000 atas pertuduhan tersebut.

Untuk rekod, dua syarikat dan lima individu terbabit mengemukakan representasi pada 17 Mei lalu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan kes berkenaan.

Pada 26 Mac lepas, Kee Kan dan Siew Mui yang juga Pengarah KK Super Mart & Superstore mengaku tidak bersalah atas masing-masing satu pertuduhan, sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan, yang dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada jam 6.30 pagi 13 Mac lepas, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kee Kan yang juga mewakili syarikatnya KK Supermart & Superstore turut didakwa atas pertuduhan sama.

Sementara itu, syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd, pembekal yang mengedar barangan kepada KK Super Mart bersama tiga pengarahnya, didakwa atas masing-masing satu pertuduhan bersubahat melukakan perasaan orang Islam dalam isu tersebut pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Pembekal itu ialah tiga beranak, suami, Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 15 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related