HEADLINES

Abang sahkan jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan, kampung kakak ipar

Keluarga mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak bersetuju untuk menyegerakan pengebumian di Semenanjung, dan kini hanya menunggu keputusan DNA serta prosedur selesai

10:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga Nur Farah Kartini Abdullah, 25, membuat keputusan untuk mengebumikan jenazahnya di Pekan, Pahang.

Bercakap kepada Scoop, abang Farah, Mohammad Farizza Azmi, 28, berkata, jenazah adiknya akan dikebumikan di kampung isterinya sebaik selesai proses pengambilan dan keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) melibatkan beberapa ahli keluarga mereka.

“Jenazah adik saya akan dikebumikan di Pekan, Pahang di kampung isteri saya.

“Keputusan ini diambil selepas perbincangan bersama mak dan ahli keluarga lain untuk menyegerakan pengebumian malah pihak pengurusan jenazah turut beri cadangan sebaiknya dikebumikan di sini (Semenanjung).

“Sekarang, kami menunggu keputusan DNA dan prosedur selesai (sebelum boleh menuntut mayat),” katanya.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan bedah siasat mangsa berusia 25 tahun itu diklasifikasi sebagai Pending Laboratory Investigation (menunggu laporan lengkap makmal).

Proses bedah siasat terhadap bekas graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dijalankan semalam oleh pakar patologi di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Mayat Farah ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Farah dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak ditahan dan direman sehingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan kes itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 17 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related