HEADLINES

Tiada penerbangan AirAsia dibatalkan walaupun sistem terjejas

Syarikat penerbangan tambang rendah itu bagaimanapun menasihatkan semua pelanggannya untuk bersedia mengalami isu kelewatan penerbangan berikutan keperluan menggunakan kaedah proses secara manual

9:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia meneruskan operasinya walaupun sistem berkaitan terjejas akibat masalah gangguan teknologi maklumat (IT) global.

Sehubungan itu, dalam kenyataanya, syarikat berkenaan menasihatkan semua pelanggannya yang terbabit untuk bersedia mengalami isu kelewatan penerbangan berikutan keperluan menggunakan kaedah proses secara manual.

“Tiada sebarang pesawat dibatalkan setakat 7.30 malam ini (Jumaat),” katanya.

AirAsia berkata, syarikat itu juga sedang bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam usaha menguruskan keadaan selain memastikan keselamatan dan keselamatan pelanggannya terjamin.

Semua pelanggan juga dinasihatkan untuk memantau status penerbangan mereka dengan menyemak emel dan telefon bimbit masing-masing bagi sebarang kemas kini atau melayari laman sesawang http://airasia.com/flightstatus.

“Oleh kerana ciri daftar masuk kendiri tidak dapat diakses pada masa ini, pelanggan yang melakukan perjalanan hari ini amat digalakkan untuk tiba lebih awal di lapangan terbang bagi tujuan daftar masuk manual dan menyelesaikan semua ketetapan perjalanan,” katanya. – 19 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related