HEADLINES

Tidak boleh baca Qunut Nazilah kepada sesama Islam: Pejabat Mufti WP

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan membaca doa Qunut Nazilah kepada umat Islam lain akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrim dan melampau dalam agama

6:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umat Islam tidak boleh membaca Qunut Nazilah kepada sesama Muslim ketika terdapat pertembungan tidak mengira apa jua sebabnya termasuk perselisihan politik, kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP).

Menjawab soalan dikemukakan di laman Facebook hari ini mengenai hukum membacakan doa Qunut Nazilah kepada umat Islam yang lain, Pejabat Mufti WP menyatakan tindakan sedemikian akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrim dan melampau dalam agama.

Menurut jawapan itu, berdasarkan pengamalan Rasulullah SAW dan sahabat serta pandangan para ulama, dapat dilihat dengan jelas bahawa doa Qunut Nazilah hanya dibacakan kepada musuh daripada golongan kafir dan murtad sahaja serta tidak ke atas umat Islam sesama sendiri.

“Doa Qunut Nazilah merupakan satu doa yang dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah yang besar. Hal ini sepertimana pernah dilakukan Rasulullah SAW yang membacakan doa Qunut Nazilah apabila berlaku pengkhianatan dan pembunuhan ke atas sahabat Baginda.

“Selain itu, Saidina Abu Bakar al-Siddiq juga pernah membaca doa ini ketika memerangi golongan murtad seperti Musailamah al-Kazzab. Manakala Saidina Umar al-Khattab juga membaca doa ini apabila memerangi golongan Nasrani,” menurut Pejabat Mufti WP.

Di samping itu, Pejabat Mufti WP menyatakan Imam al-Nawawi menyebut sebab dibacakan doa Qunut Nazilah ialah umat ditimpa dengan musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak penyakit dan serangan serangga.

“Oleh yang demikian, apa yang dapat diperhatikan daripada nas dan pernyataan ulama, doa Qunut Nazilah ini dibacakan ke atas golongan kafir dan murtad yang diperangi oleh orang Islam serta pada musibah besar yang menimpa mereka. 

Selain itu, ia dibaca dalam konteks peperangan jihad yang dituntut dan dibenarkan oleh syarak seperti situasi yang dihadapi Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab. 

“Tidak terdapat riwayat hadis atau pandangan ulama yang mengharuskan bacaan doa Qunut Nazilah ke atas golongan Islam sendiri,” menurut Pejabat Mufti WP.

Pada Khamis, Ahli Parlimen pembangkang dilaporkan membaca doa Qunut Nazilah selepas Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Parlimen susulan usul Jabatan Perdana Menteri kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan. Surat layang itu berkaitan dakwaan ke atas penjawat awam dengan maklumat yang tidak disahkan. – 20 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Malaysia will not bow to those fearing Harimau Malaya’s rise: TMJ

Johor Regent questions FIFA’s sudden reversal and urges FAM to appeal swiftly against sanctions on seven naturalised players

Related