◉ HEADLINES

Tuduhan menghasut: Bicara kes MB Kedah dijadual bermula esok

Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Muhammad Sanusi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini

1:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.

Semakan sistem mahkamah mendapati kes itu akan didengar Hakim Datuk Aslam Zainuddin pada pukul 9 pagi.

Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Muhammad Sanusi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 18 Julai 2023, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan berkenaan dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Feb lepas untuk dibicarakan.

Muhammad Sanusi juga telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membatalkan dua pertuduhan dihadapinya, bagaimanapun representasi itu telah ditolak oleh AGC.

Selain esok, mahkamah sebelum ini menetapkan 23, 29 dan 30 Julai, serta 5, 6, 9, 12, 13, dan 23 Ogos ini untuk perbicaraan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 21 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Lessons from Masjid India’s sinkhole incident – Ravindran Raman Kutty

Restoring confidence in public infrastructure is crucial following tragic event

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

◉ Related