HEADLINES

Gangguan IT jejas 8.5 juta peranti Windows: Microsoft

Ini mewakili kurang satu peratus daripada semua komputer Windows, kata syarikat itu dalam blognya

1:50 PM MYT

 

BERLIN – Sekitar 8.5 juta peranti Windows terjejas oleh kemas kini perisian yang menyebabkan gangguan meluas di seluruh dunia, menurut gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Microsoft, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ini mewakili kurang satu peratus daripada semua komputer Windows, kata syarikat itu dalam blognya.

Walaupun begitu, kesan ekonomi dan sosial yang meluas menunjukkan betapa banyak syarikat yang menjalankan perkhidmatan penting menggunakan penyedia perisian CrowdStrike.

Gangguan sistem IT itu menyebabkan gangguan besar di seluruh dunia pada Jumaat, hampir melumpuhkan trafik udara di banyak tempat.

Pasar raya, bank, hospital, stesen televisyen dan institusi lain turut terjejas.

CrowdStrike menyebut kemas kini perisian untuk komputer Windows sebagai punca. Firma itu mengisytiharkan isu itu selesai pada petang Jumaat, tetapi beberapa kesan masih dirasai selepas itu.

Menurut Persatuan Lapangan Terbang Jerman, trafik udara di Jerman sebahagian besarnya telah kembali normal pada masa ini.

Pejabat Keselamatan Maklumat Persekutuan (BSI) berkata pada petang Sabtu bahawa keadaan sedang stabil di banyak kawasan, tetapi banyak syarikat terus berdepan kesan gangguan itu.

“Belum dapat dipastikan secara muktamad bagaimana kod yang rosak itu masuk ke dalam kemas kini CrowdStrike. BSI juga dalam komunikasi intensif dengan syarikat itu mengenai perkara ini,” kata pejabat itu. – 21 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related