HEADLINES

Warga emas, wanita antara 4 didakwa sokong, miliki bahan berkaitan Daesh

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes-kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi

4:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor dan Kelantan atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh. 

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes-kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Di Johor Bahru, bekas pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi Abdullah Daud, 70, didakwa di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan antaranya memiliki masing-masing dua buku digital PDF dan video berkaitan IS dalam telefon bimbitnya; serta dua buku bertajuk Hakikat Dienul Islam dan Tarbiyah Jihadiyah berunsur keganasan dan berkaitan IS.

Warga emas itu juga didakwa menggalakkan perbuatan pengganas dengan cara menanam fahaman ideologi keganasan kumpulan pengganas IS; dan membenarkan perjumpaan diadakan di dalam rumahnya bagi tujuan aktiviti keganasan di Jalan Takwa, Kampung Melayu Kangkar Pulai, Johor. 

Dalam prosiding sama seorang kontraktor, Mohamad Awang, 48, turut didakwa memiliki item berkaitan IS dalam telefon bimbit dan komputer ribanya. 

Sementara itu di Segamat, seorang suri rumah Irma Julyanti Buang, 39, didakwa atas dua pertuduhan iaitu memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook selain memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan penganas Daesh di dalam telefon bimbit dan komputer riba. 

Di Kota Bharu, seorang bekas banduan Nik Mohd Shalahuddin Zakaria, 40, didakwa atas empat pertuduhan antaranya memiliki gambar, video dan artikel dalam bentuk ‘portable document format’ (PDF), yang merupakan item mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas dan kumpulan pengganas Islamic State (IS) dalam dua buah telefon bimbit.

Lelaki itu juga didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook atas nama Ahmad Saif Al-Islam Il.

Nik Mohd Shalahuddin juga dituduh mengaku keahlian kumpulan IS dengan cara melakukan upacara baiah dengan Abu Hafs Al Hashimi Al-Qurashi iaitu pemimpin IS sebagai khalifah untuk memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS di Kampung Senang, Kota Jembal. – 21 Julai, 2024

TAG: mahkamah, keganasan, IS, pensyarah, IPT, Daesh, suri rumah, komputer

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related