◉ HEADLINES

Kehilangan Albertine: 3 ditahan, diklasifikasi kes culik

Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, polis menahan tiga individu berusia dalam lingkungan 28 hingga 55 tahun itu ditahan di kawasan Gelang Patah

8:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan tiga individu temasuk seorang wanita warga tempatan bagi membantu kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada 20 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, M Kumar berkata, ketiga-tiga mereka mereka yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 55 tahun itu ditahan di kawasan Gelang Patah.

Polis juga, katanya telah mengklasifikasikan semula laporan polis yang diterima berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 365 kanun keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun dan denda,’’ katanya dalam kenyataan malam tadi.

“Siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan ketiga-tiga individu itu akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah reman,” katanya.

Katanya, kanak-kanak itu juga setakat ini belum ditemui.

Kanak-kanak berkenaan, Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya, kira-kira 8.30 malam, ketika berada di sebuah pusat beli-belah di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada 20 Julai lalu.

Ketika hilang, kanak-kanak berkenaan memakai baju T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan berseluar pendek.

Dalam pada itu, M Kumar menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan dan sebarang maklumat mengenainya boleh disalurkan ke talian polis di 019-2792095 atau bilik gerakan 07-2212999 – 23 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related