HEADLINES

Kes culik Albertine: Suspek disambung reman 6 hari

Reman lelaki itu disambung hingga hujung minggu ini, bagi membantu siasatan lanjut polis mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

11:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tempoh reman lelaki berusia 31 tahun yang ditemui bersama kanak-kanak, Albertine Leo Jia Hui, 6, disambung enam hari bermula esok hingga Ahad ini.

Kebenaran berkenaan dikeluarkan Majistret Noorfazlin Hamdan hari ini, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek kes culik Albertine itu.

Siasatan dijalankan polis mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Permohonan sambungan itu dimohon polis, susulan tempoh reman seminggu bermula 23 Julai lalu yang dikenakan terhadap suspek, tamat hari ini.

Albertine disedari hilang bapanya pada kira-kira jam 8.30 malam, 20 Julai lalu ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Eco Galleria, Iskandar Puteri.

Susulan laporan polis dibuat bapa mangsa pada tengah malam 21 Julai lalu berhubung kehilangannya, polis berusaha menjejaki kanak-kanak itu di seluruh negara.

Malah, kes itu turut diklasifikasikan semula daripada kehilangan kepada melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemukan selamat pada 23 Julai lalu di Batang Kali, Selangor.

Dalam kenyataannya pada sidang akhbar berhubung penemuan mangsa, Kumar berkata, kanak-kanak terbabit ditemui di sebuah premis hotel murah bersama suspek pada kira-kira jam 4 pagi.

Terdahulu, polis menahan reman empat individu berhubung kes kehilangan Albertine, masing-masing dua lelaki dan dua wanita beberapa hari berhubung kes itu, namun tempoh terbabit tidak disambung. – 29 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related