HEADLINES

Osman Ali serik buat cerita aksi, kongsi perasaan tentang Bara Jiwa

Menurut Osman Ali, cerita berbentuk genre aksi masih lagi menjadi tarikan penonton sehingga tercetusnya Bara Jiwa

9:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah prolifik, Osman Ali mengakui dia sememangnya sudah serik menghasilkan cerita bergenre aksi sama ada dalam filem mahupun drama.

Menurut Osman, perasaan seriknya itu timbul selepas berlakunya insiden kebakaran dalam filem aksi arahannya, Jiwa Taiko yang pernah ditayangkan di pawagam pada 2012.

“Sebab itulah, lepas Jiwa Taiko, saya terus stop (berhenti) terus buat cerita aksi. Perasaan serik itu lebih kepada takut atau risau kalau-kalau ada insiden berbahaya terjadi.

“Kalau buat cerita aksi, macam-macam benda boleh berlaku. Walaupun kita dah berhati-hati dan sudah menjaga keselamatan sebaik mungkin, tapi kalau ada benda nak jadi, ia akan tetap terjadi,” katanya.

Bagaimanapun, Osman tidak menafikan cerita berbentuk genre aksi masih lagi menjadi tarikan penonton sehingga tercetusnya, Bara Jiwa.

“Bara Jiwa ini adalah nama asal kepada filem Jiwa Taiko. Saya gunakan nama ini semula tetapi penceritaan Bara Jiwa bagi drama ini tak sama dengan Jiwa Taiko dalam filem. Begitu juga dengan genrenya.

“Tapi feel (rasa) dan jiwanya tak lari iaitu mengenai kisah anak-anak muda yang berjuang dalam kehidupan yang rakus. Sama jugalah macam Anak Halal.

“Cuma Bara Jiwa adalah kisah anak-anak muda zaman sekarang dan untuk nampakkan ia setara dengan keadaan semasa, kita suntiklah budaya perlawanan terbuka di dalam gelanggang dan mereka ini berlawan untuk hidup,” katanya.

Bara Jiwa yang dihasilkan sebanyak lapan episod dijayakan barisan pelakon seperti MK K-Clique, Mawar Rashid, Alicia Amin, Adi Mohammad, Sharul Kamal, Josiah Hogan dan ramai lagi.

Sementara itu, Osman juga lega kerana tiada sebarang insiden tidak diingin berlaku sewaktu penggambaran salah satu babak pertarungan antara MK K-Clique dengan Josiah Hogan di dalam drama tersebut.

“Kadang-kadang kita sudah tandakan dengan marker (penanda) di kawasan mereka akan berlawan, tapi ada kalanya aksi dilakukan itu tersasar sehingga berlaku kemalangan tidak diduga.

“Dalam babak itu kepala MK K-Clique sedikit terhentak. Tapi, mujurlah ia hanyalah sekadar kemalangan biasa,” katanya. – 29 Julai, 2024

Topics

 

Popular

Granny knows best: Tang Jie’s biggest fan braves rain, roadblocks to cheer him on

Three generations of Chen Tang Jie’s family turned up at the Malaysia Masters, with his 76-year-old grandmother stealing the spotlight as his most loyal supporter 

[WATCH] PSM aims to transform sports venues into year-round lifestyle destinations: Dr Helmy

Malaysian Stadium Corporation chairman says the agency is moving beyond venue management by adopting transparent commercial policies, pursuing international partnerships and turning Kuala Lumpur Sports City into a vibrant public destination beyond match days

Home Ministry investigates alleged Israeli presence at Forest City ‘Network School’

Ministry says national security, immigration compliance and misuse of facilities are key concerns

Related