HEADLINES

Bom ragut nyawa Ismail Haniyeh diseludup masuk ke rumah tamu di Tehran 2 bulan lalu

Ismail Haniyeh berada di Iran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian di Tehran, sehari sebelum kejadian

11:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh akibat bom yang diseludup masuk secara rahsia ke rumah tamu tempatnya menginap di Tehran.

Menurut laporan New York Times yang bercakap dengan lima pegawai Timur Tengah yang enggan nama mereka didedahkan, bom itu dipercayai disembunyikan kira-kira dua bulan lalu di rumah tamu itu.

Rumah tamu itu dikendalikan dan dilindungi oleh Kor Pengawal Revolusi Islam dan merupakan sebahagian daripada kawasan besar, dikenali sebagai Neshat, di kawasan kejiranan mewah di utara Tehran.

Ismail berada di Iran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian di Tehran, sehari sebelum itu.

Bom itu diletupkan dari jauh, kata lima pegawai itu, sebaik sahaja ia disahkan berada di dalam biliknya di rumah tamu tersebut.

Letupan itu turut mengorbankan seorang pengawal peribadi Ismail.

Ismail tinggal di rumah tamu itu beberapa kali ketika melawat Tehran, menurut pegawai Timur Tengah terbabit.

Pegawai Iran dan Hamas berkata, Israel bertanggungjawab atas pembunuhan itu.

Pembunuhan itu mengancam untuk melancarkan satu lagi gelombang keganasan di Timur Tengah dan membatalkan rundingan yang sedang berjalan untuk menamatkan perang di Gaza.

Ismail pernah menjadi perunding utama dalam rundingan gencatan senjata di Gaza.

Israel tidak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu, tetapi pegawai perisikan Israel memberi taklimat kepada Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Barat lain mengenai butiran operasi sejurus selepas kematian Ismail.

Kelmarin, Setiausaha Negara AS, Antony J. Blinken berkata, negara terbabit tidak mengetahui mengenai rancangan pembunuhan Ismail. – 2 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Mahu ubah persepsi pawagam tempat maksiat, Mawi ajak geng surau, masjid tonton Zim Zim Ala Kazim

Biarpun bersaing dengan filem mega luar dan tempatan berbajet besar, Mawi percaya, ramai pengikut Ustaz Kazim akan tertarik menontonnya

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

Related