HEADLINES

BN fokus isu tempatan di PRK Nenggiri: Ahmad Zahid

Jentera parti yang diselaras Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK berkenaan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, akan menyasarkan kesemua 20 pusat daerah mengundi (PDM) untuk menyantuni masyarakat setempat

1:23 PM MYT

 

GUA MUSANG – Barisan Nasional (BN) akan memberi fokus kepada isu masyarakat setempat di Nenggiri dengan bantuan jentera Pakatan Harapan (PH), sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata jentera parti yang diselaras Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK berkenaan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, akan menyasarkan kesemua 20 pusat daerah mengundi (PDM) untuk menyantuni masyarakat setempat.

“Sama ada pengundi itu dari kampung tradisi, Orang Asli, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) atau Felda, kita akan lakukan sesuatu yang sangat terbaik pada (PRK) kali ini.

“… isu nasional jika ada pun akan diberi penjelasan oleh jentera parti di setiap peringkat,” katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, di sini, hari ini.

PRK berkenaan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related