HEADLINES

Mohon dana PRK: PAS terdesak, kenapa tak minta pemimpin PN yang ‘kaya’ sindir Umno

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, tindakan terdesak PAS itu hanya mahu mengaburi mata rakyat kononnya mereka parti yang tidak berduit

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS dikecam selepas memohon dana orang awam secara terbuka kononnya bagi mengekalkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, tindakan terdesak PAS itu hanya mahu mengaburi mata rakyat kononnya mereka parti yang tidak berduit.

“PAS tidak sepatutnya meminta bantuan dari rakyat kerana ini sudah terbalik umpama hujan naik ke langit.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, kos untuk parti dan calon bertanding PRK pun sudah ditetapkan, jadi mustahil PAS tidak berduit – Gambar Umno Online, 13 Ogos, 2024

“Pemimpin mereka yang mewah sepatutnya membantu. Takkan rakyat yang memakai baju pagoda diminta derma. Namun ada pemimpin mereka yang bergaya dengan baju LV (Louis Vuitton) hanya diamkan diri.

“Bagaimana parti ini nak bantu rakyat kalau sudah awal-awal lagi minta bantuan.

Mintalah pada tauke musang king atau tauke ladang rakyat dan tauke balak,” katanya ketika dihubungi.

TV PAS semalam memuat naik hantaran bagi memohon sumbangan ke Tabung Dana Jabatan Penerangan PAS Pusat khusus untuk PRK Nenggiri.

Menurut pihak terbabit, sejumlah dana yang mencukupi amat diperlukan dalam usaha mengekalkan kemenangan PN di Nenggiri.

Mengulas lanjut, Zawawi berkata, tindakan PAS itu juga disifatkan strategi untuk mengaburi mata rakyat kononnya mereka tak berduit tapi sebenarnya sebaliknya.

“Kos untuk parti dan calon bertanding PRK pun sudah ditetapkan. Takkanlah mereka tak berduit… dengan jumlah yang ditetapkan amat mustahil.

“Jadi janganlah gunakan duit rakyat untuk menipu rakyat,” katanya.

Terdahulu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi secara sinis menyindir Pengarah Operasi Pilihan Raya PN, Tan Sri Annuar Musa yang mengenakan pakaian mewah ketika berkempen di Nenggiri.

Menurut Puad, Annuar sepatutnya ‘berlakon’ dan tidak perlu mengenakan pakaian daripada jenama mewah ketika berkempen sambil melaungkan kesusahan hidup rakyat.

“Viral beberapa gambar Annuar Musa pakai barang jenama Louis Vuitton (LV). Baju LV. Jam tangan LV. Selipar pun LV. Ia ekoran Annuar pakai baju Louis Vuitton masa bagi maggi mi pada pengundi Orang Asli.

“Kesian Annuar. Tak salah dia pakai barang berjenama. Betullah, itu pitih (duit) dia. Tetapi berpada padalah. Lain kali jangan over (lebih) bila cakap rakyat hidup susah. Tetapi kamu pula pakai LV. – 13 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related