HEADLINES

Agong ingatkan pegawai tentera ‘kedaulatan negara tergadai jika amal rasuah’

Baginda turut bertitah bahawa kerjaya ketenteraan menuntut kejujuran, pengorbanan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi demi mempertahankan kedaulatan negara

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan pegawai tentera supaya tidak terlibat dalam amalan rasuah terutama melibatkan urusan pembelian peralatan dan kontrak kerajaan.

Sultan Ibrahim bertitah selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), baginda tidak akan memberi muka kepada mereka yang gagal melaksanakan amanah sebagai seorang pegawai tentera.

Tegas Baginda, kedaulatan dan maruah negara akan tergadai jika amalan rasuah serta salah guna kuasa berleluasa.

“Justeru itu, jangan sekali-kali ada pegawai tentera yang terlibat dalam amalan rasuah terutamanya melibatkan urusan pembelian peralatan dan kontrak kerajaan.

“Selaku Pemerintah Tertinggi ATM, saya tidak akan memberi muka kepada mereka yang gagal melaksanakan amanah sebagai seorang pegawai tentera.

“Saya juga pernah menjalani pelbagai latihan ketenteraan, oleh itu, jangan nak temberang,” titah Sultan Ibrahim pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM 2024 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Panglima ATM Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Pemangku Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dan Penglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa kerjaya ketenteraan menuntut amanah, kejujuran, pengorbanan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi demi mempertahankan kedaulatan negara.

Pada masa sama, baginda juga mengingatkan kerajaan untuk sentiasa menitikberatkan amanah dalam semua urusan pembelian peralatan dan pembinaan kemudahan tentera.

“Peralatan yang ingin dibeli mestilah bermutu tinggi dan memenuhi kehendak pasukan dan keperluan pertahanan negara, bukannya mengikut telunjuk pembekal atau agen yang menawarkan komisen.

“Saya sendiri yang akan menilai semua perolehan,” titah baginda.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 664 Pegawai Kadet ditauliahkan hari ini terdiri daripada mereka yang menamatkan latihan di Akademi Latihan Ketenteraan, Akademi Tentera Darat, Kapal Diraja Sultan Idris Pertama dan Kolej Tentera Udara-Sekolah Latihan Pegawai selama enam bulan. – 17 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

AFC breaks silence as Vietnam, Indonesia cry foul over Malaysia’s ‘heritage’ recruits 

FAM insists it followed FIFA rules in fielding five heritage players, as AFC confirms no official complaints have been lodged over Malaysia’s Asian Cup qualifiers squad 

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

SPM Maths fail rate is a symptom, we must diagnose the real problem — Hamidi Mookkaiyah

The 22.4% failure rate demands more than concern — it calls for a full re-evaluation of how we teach, assess, and support students in Maths

Related