HEADLINES

Penemuan mayat kanak-kanak 2 tahun kejutkan ramai, ada kaitan pembunuhan dua beranak

Mangsa dipercayai anak bongsu kepada seorang lelaki warga Myamar berusia 43 tahun, yang ditahan di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang, semalam

6:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Pantai Leman, Kuala Kedah, hari ini, mengejutkan ramai apatah lagi ia ada kaitan dengan pembunuhan dua beranak warga Myamar semalam.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah berkata, mangsa dipercayai anak bongsu kepada seorang lelaki warga Myamar berusia 43 tahun, yang ditahan di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang, semalam.

Siasatan yang dijalankan, katanya, mendapati terdapat kesan kecederaan seperti dikelar pada leher kanak-kanak itu.

Semalam, mayat ibu dan anak ditemui dalam longkang di belakang bangunan terbiar berhampiran Pekan Simpang Kuala, Alor Star dan polis percaya mereka meninggal dunia dipercayai dibunuh pada 18 Ogos lalu.

“Suspek ditahan di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang itu ketika bersama anak lelakinya berusia lima tahun dan mereka dipercayai berjalan kaki sejauh kira-kira 17 kilometer dari Simpang Kuala Ke Bukit Pinang.

“Berdasarkan keterangan saksi, lima beranak itu termasuk suspek sebelum ini tinggal di bawah jambatan sebelum berpindah ke bangunan terbiar di lokasi dua beranak ditemui semalam.

“Hasil siasatan mendapati, suspek positif dadah jenis syabu, ganja dan morfin.

“Siasatan masih dilakukan untuk mengetahui punca kejadian berlaku. Kita tidak menolak berkemungkinan disebabkan keadaan daif mereka, selain di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Adzli berkata, polis turut merampas sebilah parang dan akan dihantar untuk dianalisis.

Suspek kini ditahan reman hingga 26 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- 20 Ogos, 2024.

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related