HEADLINES

‘Abang Bas’ rakam video murid perempuan direman 5 hari

Lelaki itu ditahan polis pada pukul 2.57 pagi di Kluang bagi siasatan berhubung penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam sebuah bas

3:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu bas yang memuat naik rakaman video murid perempuan sekolah rendah dalam aplikasi TikToknya direman lima hari.

Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata, kebenaran bagi reman ke atas suspek berusia 24 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Batu Pahat, Suhaila Safi’uddin hari ini.

“Suspek yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK) dibenarkan direman sehingga 10 September ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, lelaki terbabit ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada pukul 2.57 pagi bagi menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam sebuah bas.

Beliau berkata, polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan pemandu itu untuk memuatnaik hantaran berkenaan di akaun media sosial miliknya.

Katanya, pemandu bas itu disiasat mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana membawa maksud seksual mengikuti atau memerhati atau menghubungi seseorang kanak-kanak melalui apa sahaja cara secara berulang atau kerap.

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001, kerana menyiarkan gambar kanak-kanak melalui apa-apa perantara elektronik.

“Bagi kedua-kedua kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali selain denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Semalam tular di aplikasi TikTok ‘Abang Bas’ menggelar seorang penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. -6 September, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related