HEADLINES

Dakwaan pelakon Betty Banafee ‘siasatan tanpa SOP tidak benar’: Polis

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, semua laporan polis tersebut disiasat sewajarnya oleh pihak polis melalui dua kertas siasatan yang dibuka masing-masing di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan

5:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan pelakon Betty Banafee bahawa polis tidak mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menjalankan siasatan berhubung 14 laporan yang dibuat keluarga selebriti itu sejak dua tahun lalu adalah tidak benar sama sekali.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan satu hantaran video yang dimuat naik Betty menerusi akaun TikToknya @bettybenafee, baru-baru ini.

“Berdasarkan semakan, 14 laporan polis itu dibuat oleh penama Shakib Abu Bakar Banafee (dipercayai adik kepada individu dalam video) dan empat penama lain yang berkaitan.

“Kesemua laporan polis tersebut disiasat dengan sewajarnya oleh pihak polis melalui dua kertas siasatan yang dibuka masing-masing di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang dibuat oleh Betty, 45, dalam videonya di TikTok bahawa polis tidak mempunyai SOP dalam melaksanakan siasatan terhadap 14 laporan yang dibuat oleh ahli keluarganya sejak dua tahun lalu.

Menurut Ramli, kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan telah pun selesai dan diputuskan sebagai ‘’tiada tindakan lanjut’ atau NFA oleh Jabatan Peguam Negara pada Jun lalu.

Keputusan itu, katanya diputuskan selepas didapati tiada keterangan yang mencukupi untuk menimbulkan elemen kesalahan pecah amanah dalam kes berkenaan.

“Siasatan kes ini malahan telah dirujuk dan disemak semula oleh pihak Peguam Cara Negara pada Ogos lalu dan keputusan NFA dikekalkan.

“Bagi kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, siasatan masih dijalankan. Polis memberi jaminan siasatan yang adil serta telus akan dilaksanakan bagi memastikan prinsip undang-undang dan keadilan sentiasa dipelihara,” katanya.

Ramli menegaskan semua laporan polis yang diterima akan disiasat dengan sewajarnya tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa dan siasatan merangkumi bukti daripada pihak-pihak yang berkaitan termasuk pengadu serta suspek.

“Adalah tidak wajar untuk melemparkan tuduhan negatif kepada pihak polis hanya disebabkan dapatan siasatan tidak berpihak kepada pengadu.

“Justeru, dakwaan yang dilemparkan oleh pemilik akaun tiktok @bettybanafee bahawa polis tidak mempunyai SOP dalam siasatan adalah tidak benar sama sekali. Pihak PDRM menyangkal dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – 8 September, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related