HEADLINES

Tiada buaya lain dikesan, Taman Tasik Seksyen 7 dibuka semula hari ini

MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa aktiviti riadah, berjoging, dan berkelah kini boleh dilakukan seperti biasa, sebagaimana sebelum ini

2:42 PM MYT

 

SHAH ALAM – Taman Tasik Seksyen 7 di sini, yang sebelum ini ditutup sementara susulan penemuan seekor buaya, telah dibuka semula kepada orang awam hari ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa aktiviti riadah, berjoging, dan berkelah kini boleh dilakukan seperti biasa, sebagaimana sebelum ini.

MBSA turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan dan kerjasama mereka sepanjang tempoh pusat rekreasi itu ditutup.

Sebelum ini, taman tasik itu ditutup sementara dari pukul 8 malam hingga 7 pagi bermula 4 Sept lalu, bagi membolehkan operasi menangkap buaya yang dikesan mendiami kawasan tersebut dilaksanakan.

Buaya tembaga dengan saiz kira-kira 1.68 meter itu kemudiannya berjaya ditangkap setelah memasuki perangkap yang dipasang sekitar pukul 10.30 malam hari yang sama (4 Sept).

Semalam, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan bahawa Taman Tasik Seksyen 7 selamat dan tiada buaya lain dikesan di kawasan rekreasi itu.

Dua perangkap buaya yang dipasang selepas kehadiran reptilia tersebut dikesan pada 4 Sept lalu juga telah dikeluarkan pada Sabtu lepas. – 11 September, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related