HEADLINES

Kerajaan dedah draf MoU peruntukan pembangkang, bukti ketelusan: Fadillah

Beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berharap semua Ahli Parlimen lebih memfokuskan kepada usaha pemulihan ekonomi dan dapat memainkan peranan dengan lebih konstruktif sebagai semak dan imbang

5:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan pembangkang bagi membuktikan ketelusan Kerajaan Madani.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, niat Kerajaan Madani adalah untuk mewujudkan suasana aman harmoni.

“..dan supaya semua Ahli Parlimen lebih memfokuskan kepada usaha pemulihan ekonomi dan dapat memainkan peranan dengan lebih konstruktif sebagai semak dan imbang.

“Ini penting supaya kita dapat menumpukan sepenuh tenaga kita dalam memulihkan
ekonomi negara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, demi kesejahteraan semua dan kemakmuran Malaysia.

“Ini jelas dinyatakan dalam mukadimah MoU berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, manakala intipati MoU
berkenaan adalah seperti berikut ;

Tempoh kuatkuasa MoU dari tarikh memorandum dan terpakai sehingga pembubaran Majlis Parlimen Ke-15 atau pada 19hb Disember 2027 (mana yang terdahulu).

Obligasi Perikatan Nasional – Menyentuh mengenai peranan dan fungsi Ahli Parlimen Pembangkang sebagai komponen penting dan akujanji sebagai Ahli Parlimen Pembangkang
Berwibawa, perlu bertindak sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab dan membina.

Ia juga menyentuh pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.

Obligasi Kerajaan Persekutuan antara lain mengakui bahawa Ahli Parlimen Pembangkang mempunyai peranan yang besar sebagai Pembangkang dengan menunjukkan kesetiaan kepada Negara, Perlembagaan Persekutuan, dan Institusi Diraja, serta bertindak untuk semak dan imbang secara sah dan bertanggungjawab.

Ketelusan dan tiada kerahsiaan – Memorandum ini tidak tertakluk kepada mana-mana klausa kerahsiaan.

Pemakaian Undang-undang – Memorandum Persefahaman ini hendaklah dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

Pembatalan memorandum – MoU ini secara automatiknya akan terbatal dan pihak
yang lagi satu tidak mempunyai sebarang obligasi lanjut yang perlu dilaksanakan menurut MoU ini.

Ini melibatkan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.

Tambah Fadillah, dengan pendedahan MoU ini, rakyat boleh menilai bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang mengenai draf terbabit adalah tidak berasas sama sekali.

Terdahulu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Perikatan Nasional memutuskan sebulat suara menolak MoU itu yang dibuat berdasarkan empat sebab utama.

Beliau berkata, syarat MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan. – 16 September, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related