HEADLINES

Industri halal bersifat menyeluruh, melebihi pemahaman tradisional ‘tiada daging babi, tiada alkohol’

Menurut Perdana Menteri, industri halal kini turut meliputi aspek kesihatan, kebersihan, keberkesanan dan teknologi moden

1:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR Industri halal kini tidak hanya kepada pemahaman tradisional ‘tiada daging babi, tiada alkohol’ dalam kandungan makanan sebaliknya ia melangkaui apa yang boleh diterima umum, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, industri halal kini turut meliputi aspek kesihatan, kebersihan, keberkesanan dan teknologi moden sama ada dalam produk makanan, kosmetik atau industri berkaitan.

“Ia juga merupakan peluang untuk kita menjelaskan mengenai halal, di mana pemahaman tradisional mengenai halal, yang dimiliki ramai orang ialah ‘tiada daging babi, tiada alkohol’.

“Hari ini, industri halal cemerlang dengan pensijilan yang melangkaui apa yang boleh diterima umum,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2024 di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutama dalam aspek perdagangan.

Malah, katanya industri halal akan meliputi setiap kumpulan masyarakat termasuk petani, nelayan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) malah kedai runcit yang memastikan penyertaan lebih luas.

“Dalam mencapai maksud Ekonomi Madani dan semangat Maqasid Syariah, ia mesti merangkumi hampir keseluruhan rakyat,” katanya.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini mengetuai pasukan di peringkat tertinggi untuk menyelaras kegiatan dan mengenal pasti aspek baru dalam industri halal yang masih belum diterokai.

‘Terima kasih kepada beliau dan MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana meletakkan Malaysia di tahap yang lebih meyakinkan” ujarnya.

Pada majlis yang sama, Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pemimpin luar kerana menyokong industri halal dan mengiktiraf usaha mempromosikan Malaysia. – 17 September, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related