HEADLINES

Tupperware, jenama produk plastik pilihan majoriti kaum ibu di Malaysia, fail permohonan muflis

Kedudukan kewangan Tuppeware selama beberapa tahun kebelakangan ini telah terjejas teruk akibat ekonomi yang mencabar

4:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tupperware Brands Inc (Tupperware) satu jenama yang sinonim dengan rakyat Malaysia terutama kaum ibu, telah memfailkan perlindungan kebankrapan Chapter 11 bersama-sama beberapa anak syarikatnya di mahkamah di Amerika Syarikat, pada Selasa.

Syarikat itu bagaimanapun memohon kelulusan mahkamah untuk terus beroperasi semasa prosiding.

Ia juga bagi memudahkan proses penjualan perniagaan bagi melindungi jenama ikoniknya dan terus memajukan transformasi menjadi syarikat digital pertama, lapor Nasdaq.

Berikutan pelantikan pasukan pengurusan barunya tahun lepas, Tupperware telah melaksanakan pelan strategik untuk memodenkan operasi, meningkatkan keupayaan serta memacu kecekapan bagi mengembangkan pertumbuhan syarikat.

“Sama ada anda ahli yang berdedikasi dalam pasukan Tupperware, (atau) menjual, memasak dengan (tupperware) atau sekadar menyukai produk kami, anda adalah sebahagian daripada keluarga Tupperware.

“Kami merancang untuk terus melayani pelanggan kami dengan produk berkualiti tinggi yang mereka gemari’’ kata  presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tupperware, Laurie Ann Goldman.

Menurut Laurie, selama beberapa tahun kebelakangan ini kedudukan kewangan syarikat tersebut telah terjejas teruk akibat ekonomi yang mencabar.

“Kami meneroka pelbagai pilihan strategik dan memutuskan ini adalah jalan terbaik ke hadapan,’’ katanya.

Ogos lalu, Tupperware mencetuskan kebimbangan mengenai keupayaannya untuk bertahan untuk kali keempat sejak November 2022 susulan krisis kecairan.

Ia merancang untuk mendapatkan perlindungan bankrap selepas melanggar syarat-syarat hutang dan mendapatkan penasihat undang-undang serta kewangan, lapor Bloomberg.

Tupperware diasaskan oleh Earl Tupper pada 1946 yang memperkenalkan produk plastiknya kepada orang ramai dan sejak itu barangannya membanjiri rumah-rumah di seluruh dunia. – 18 September, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related