HEADLINES

Mustahil kongsi satu pentas dengan Akmal di PRK DUN Mahkota, kata Teresa

Ahli Parlimen Seputeh itu menegaskan mustahil baginya untuk berkongsi pentas dengan individu yang sudah diberi surat tuntutan (LOD) susulan tindakan pemimpin Umno itu membuat gelaran jelik terhadapnya

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok tidak akan berada satu pentas dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Bercakap kepada Scoop, Ahli Parlimen Seputeh itu menegaskan mustahil baginya untuk berkongsi pentas dengan individu yang sudah diberi surat tuntutan (LOD) susulan tindakan pemimpin Umno itu membuat gelaran jelik terhadapnya.

“Peguam saya sebelum ini sudah kemuka LOD terhadap Akmal, semua sudah tahu tentang perkara ini.

“Pihak peguam Akmal juga sudah berhubung dengan peguam saya berhubung perkara ini (tuntuan saman RM25 juta).

“Peguam juga menasihatkan supaya tidak kongsi pentas (dengan Akmal) kerana bimbang akan merumitkan kes.

“Jadi mustahil untuk saya kongsi satu pentas dengan Akmal, saya percaya keputusan ini adalah demi kebaikan kempen pilihan raya Kerajaan Perpaduan,” katanya hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan turun berkempen di PRK Mahkota, Teresa bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata terserah kepada pengarah pilihan raya untuk menemukan kedua-dua pemimpin berkenaan pada kempen PRK DUN Mahkota.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berkata demikian ketika ditanya sama ada usaha dijalankan untuk menemukan Teresa dan Akmal di atas satu pentas pada PRK DUN Mahkota, selepas kedua-duanya terlibat dalam isu panas melibatkan sijil halal, baru-baru ini.

Pada 11 September lalu, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, menuntut ganti rugi RM25 juta daripada Dr Akmal selepas mendakwa beliau memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Selain tuntutan ganti rugi RM25 juta, Teresa turut menuntut segala kos dan perbelanjaan yang disebabkan isu ini.

Bagaimanapun, Akmal berkata beliau tidak gentar seandainya Teresa mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berikutan panggilan ‘nyonya tua’ susulan isu pensijilan halal.

Malah beliau mengalu-alukan sebarang tindakan oleh Teresa dan bersedia bertemu di mahkamah. – 24 September, 2024

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

Related