HEADLINES

Serang calon BN untuk raih undi ‘PN terdesak, tandus isu di PRK Mahkota’: Umno Kluang

Dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Afif Bahardin kononnya Syed Hussein tidak akan menyampaikan suara rakyat kerana menjadi ‘orang’ Menteri Besar Johor disifatkan sebagai dangkal dan hanya mahu meraih undi

9:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) tidak perlu mengelirukan pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan membuat serangan peribadi serta mempersoalkan kemampuan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah.

Ketua Umno Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday ketika dihubungi Scoop berkata, dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Afif Bahardin kononnya Syed Hussein tidak akan menyampaikan suara rakyat kerana menjadi ‘orang’ Menteri Besar Johor disifatkan sebagai dangkal dan hanya mahu meraih undi.

“Dr Afif bukan orang Kluang, jadi dia tak tahu, macam mana orang Kluang dan apa yang dimahukan penduduk di sini.

“Malah tidak timbul isu pun dengan pemilihan Syed Hussein dan dia memang calon yang dipilih Umno bahagian Kluang. BN dan Umno memang rapat dengan rakyat dan masyarakat di Kluang.

“PN bagi saya sudah tandus isu hendak dimainkan dan terdesak mahukan undi, jadi tak perlu buat cerita temberang, malah rasanya tidak ada pengundi yang akan keliru pun kerana yang banyak selesaikan masalah penduduk setempat pun BN dan Umno.

“Malah kalau tengok daripada perjalanan jentera parti yang bertanding, kita boleh lihat PN tidak ada jentera pun, mereka buka khemah pun tidak ada orang, jadi kalau tak dapat sambutan jangan salahkan Umno atau BN, salahkan diri sendiri,” katanya kepada Scoop hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Dr Afif mendakwa Syed Hussein tidak akan ‘bersuara’ mengenai masalah penduduk sekiranya menang PRK DUN Mahkota kerana beliau mewakili kerajaan negeri.

Beliau berkata, berbanding dengan calon Perikatan Nasional (PN), jika Mohamad Haizan Jaafar tidak bersuara isu rakyat, PN akan memastikan beliau berbuat demikian.

Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya Johor mempunyai pembangkang yang kuat untuk menyuarakan isu setempat dan ini boleh dilakukan menerusi kemenangan PN di DUN Mahkota.

Mengulas lanjut, Md Jais berkata, begitu juga dalam isu sijil halal dan juga surat layang kepada pengundi Cina yang dilihat cuba diambil kesempatan oleh pembangkang untuk melaga-lagakan pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan.

“Biasalah dalam politik, siapa pun atau parti mana pun pasti ada isu berbangkit dan dalam isu sijil halal, masing-masing ada pendirian tapi ia tak menjejaskan kempen BN pun.

“Jentera semua parti komponen yang membantu calon BN berjalan dengan baik, tidak timbul masalah.

“Begitu juga jentera Wanita Umno yang terus membantu, tidak ada protes atau boikot seperti dakwaan pihak tertentu, itu hanya spekulasi jahat,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga yakin BN akan mengekalkan kerusi DUN Mahkota dengan menperoleh majoriti lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Negeri lalu.

Pada PRN Johor yang diadakan pada Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN menang kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 selepas memperoleh 16,611 undi. – 24 September, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related