HEADLINES

Penjaja, peniaga berlesen diwajibkan carum SKSPS: Perkeso

SKSPS yang dikuatkuasakan sejak Jun 2017 berupaya menjadi jaminan kewangan dan kelangsungan kehidupan dengan menyediakan perlindungan keselamatan sosial dalam jangka panjang

6:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Langkah mewajibkan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Januari tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja, menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Perkeso dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan rekod bagi tempoh 2024 hingga 31 Ogos lepas, sebanyak 53,901 individu dalam sektor penjaja mencarum SKSPS dengan 189 kes tuntutan diterima dan diproses melibatkan pembayaran faedah keseluruhan sektor terbabit berjumlah RM681,174.90.

Menurut Perkeso, langkah mandatori itu dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman Bagi Penjaja Atau Peniaga) 2024 yang diwartakan pada 30 Ogos 2024 melalui P.U. (A) 229 dan berkuat kuasa pada 1 September 2024. 

“SKSPS yang dikuatkuasakan sejak Jun 2017 berupaya menjadi jaminan kewangan dan kelangsungan kehidupan dengan menyediakan perlindungan keselamatan sosial dalam jangka panjang.

“Semua penjaja dan peniaga termasuk kios yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri dikehendaki mencarum SKSPS, dengan tempoh peralihan diperuntukkan selama empat bulan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan individu yang mempunyai lesen atau kelulusan bagi aktiviti berhubung menjaja atau berniaga sama ada di tepi jalan mahupun pasar yang dikeluarkan pihak berkuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Sabah No. 11 1991) atau Ordinan Kerajaan Tempatan 1996 (Sarawak Bab. 20) diwajibkan membayar caruman SKSPS PERKESO.

Sektor penjaja ialah yang ketiga dijadikan mandatori untuk caruman SKSPS, selepas sektor perkhidmatan pengangkutan penumpang bermula 2017 serta sektor perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan pada 2022.

Dalam pada itu, PERKESO akan terus bekerjasama dengan semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara sepanjang tempoh peralihan bagi meningkatkan kesedaran kepada peniaga serta penjaja, memandangkan mereka ialah sebahagian daripada pemacu ekonomi.

Penjaja atau peniaga boleh mendaftar dan mencarum SKSPS menerusi aplikasi “Prihatin” atau hadir ke pejabat PERKESO di seluruh Malaysia, atau layari portal MATRIX PERKESO melalui pautan www.matrix.perkeso.gov.my, atau ejen Perkeso yang sah menerusi https://www.perkeso.gov.my/ejen-keselamatan-sosial-pekerjaan-sendiri.html. – 2 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related