◉ HEADLINES

Penyelarasan cuti mingguan libatkan 587,343 pelajar dan 1.9 juta tenaga kerja di Johor: MB

Penyelarasan ini juga akan mengurangkan masalah penjadualan dalam kalangan sektor awam dan sektor swasta, memberi ruang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama dan membantu memudahkan aktiviti rentas sempadan serta aktiviti perniagaan

2:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyelarasan semula cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad ini akan melibatkan 587,343 pelajar dan 1.948 juta tenaga kerja di Johor, di mana majoriti adalah dari sektor kerajaan dan swasta.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata demikian selepas mendapat titah daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail supaya mengadakan perbincangan dengan Mufti Negeri Johor.

Menurut Onn Hafiz, titah perbincangan penyelarasan itu akan menitikberatkan dan meliputi aspek termasuk agama Islam tanpa mengetepikan penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari.

“Kerajaan Negeri bersama Mufti Negeri Johor dan agensi yang terlibat akan memperincikan waktu kerja yang sesuai terutama pada hari Jumaat, bagi memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk umat Islam menunaikan Solat Jumaat pada waktunya.

“InsyaAllah, tanpa mengetepikan kepentingan urusan solat, penyelarasan ini juga akan mengurangkan masalah penjadualan dalam kalangan sektor awam dan sektor swasta.

“Ia juga bagi memberi ruang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama dan membantu memudahkan aktiviti rentas sempadan serta aktiviti perniagaan. Insya-Allah,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengumumkan cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Menurut baginda, keputusan itu mendapat perkenan dan restu daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Pada 14 Jun 2022, Onn Hafiz dilaporkan memaklumkan kerajaan negeri akan mengkaji semula penetapan hari cuti hujung minggu negeri ekoran keluhan daripada masyarakat mengenai perbezaan hari cuti sektor swasta dan kerajaan. – 7 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related