HEADLINES

Sultan Selangor titah tubuh jawatankuasa pemulihan kanak-kanak GISBH

Selangor Royal Office menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan jawatankuasa berkenaan akan bertanggungjawab bagi penghasilan kertas kerja terperinci untuk mengenal pasti kaedah pemulihan terbaik membabitkan lebih 600 kanak-kanak berkenaan

6:25 PM MYT

 

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sebuah jawatankuasa dibentuk berhubung pemulihan kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). 

Selangor Royal Office menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan jawatankuasa berkenaan akan bertanggungjawab bagi penghasilan kertas kerja terperinci untuk mengenal pasti kaedah pemulihan terbaik membabitkan lebih 600 kanak-kanak berkenaan.

Sultan Sharafuddin menegaskan bahawa jawatankuasa itu perlu diwujudkan segera dan tidak dilengah-lengahkan kerana ia membabitkan masa hadapan kanak-kanak berkenaan.

“Jawatankuasa ini kelak akan melapor terus kepada Tuanku Sultan serta bertanggungjawab memulihkan kanak-kanak ini, seterusnya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat dalam tempoh yang ditetapkan,” menurut hantaran itu. 

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Senator Datuk Salehuddin Saidin di Istana Bukit Kayangan di sini.

Sebelum ini, MAIS dilaporkan telah melaksanakan proses pemulihan akidah terhadap 261 kanak-kanak ahli kumpulan GISBH sejak 1 Okt lepas dengan menggunakan modul khas yang dibangunkan majlis agama itu.

Menurut MAIS, modul yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) itu adalah antara pelan tindakan penyediaan bantuan pemulihan akidah dan sosial kanak-kanak GISBH yang bermula sejak 23 Sept lepas. – 9 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

América de Cali moves to terminate Rodrigo Holgado amid FIFA suspension case

Colombian football journalist Pipe Sierra claims that the club has begun legal proceedings to end the 28-year-old’s contract after receiving the latest response from FIFA’s Appeals Committee

Albert Tei mulling suing MACC following controversial raid

His lawyer Mahajoth Sing repeats call for video of the raid to be released, for the sake of accountability and transparency

Related