HEADLINES

Sesak teruk di Karak akibat kemalangan lori treler, pengguna dinasihat tangguh perjalanan

LLM turut menasihatkan orang ramai menangguhkan perjalanan dan berhenti rehat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah

6:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu kemalangan melibatkan sebuah lori treler di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak petang tadi, mengakibatkan kesesakan teruk dengan jarak perjalanan dari Genting Sempah ke Gombak dianggarkan mengambil masa kira-kita empat jam.

Gambar dan video kejadian tersebut kini tular di media sosial, yang memaparkan lori tersebut terbakar dan dalam keadaan melintang serta menghalang laluan.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan itu berlaku di KM 27.8 arah Barat dari Gombak ke Plaza Tol Gombak.

LLM juga memaklumkan, ketika ini semua lorong terhalang dan trafik tidak bergerak.

“Semua lorong terhalang. Trafik terhenti. Sila guna laluan alternatif keluar ke Persimpangan Genting Sempah bagi kenderaan dari Timur ke KL,’’ kata LLM menerusi aplikasi X.

LLM turut menasihatkan orang ramai menangguhkan perjalanan dan berhenti rehat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah.

“Pandu dengan berhati-hati dan patuhi arahan petugas di lokasi,’’ katanya.

Dalam pada itu, orang ramai meluahkan kebimbangan, apatah lagi kemalangan itu berlaku menjelang cuti hujung minggu ketika mereka mengambil peluang ke pantai timur. – 11 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

MACC detains businessman in RM1.5bil false import declaration scandal

Authorities say the syndicate allegedly smuggled contraband goods and bribed enforcement officers

Gunaseelan Rajoo storms back from 15-year hiatus with podium finish in China rally

Malaysian rally veteran secures second spot in the 1400cc category, sixth overall at the Mile International Auto Rally Championship 2026, marking an impressive comeback after more than a decade away from the sport

Akta Pekerja Gig 2025: Perlindungan Perkeso aktif serta-merta sebaik terima tugasan pertama

Perkeso memperkenalkan mekanisme pascabayar yang mengaktifkan perlindungan keselamatan sosial serta-merta selama setahun, sekali gus melenyapkan kerenah birokrasi dan kegusaran komuniti 'rider' serta pemandu sambilan

Related