HEADLINES

GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000: PM

Mengakui bahawa sistem cukai itu cekap dan telus, namun beliau percaya golongan miskin tidak seharusnya dibebani dengan sistem cukai sedemikian

3:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ini, gaji bulanan minimum di Malaysia adalah pada RM1,500.

Beliau yang mengakui bahawa sistem cukai itu cekap dan telus berkata GST juga akan membantu mengembangkan dana kerajaan dengan kutipan hasil yang lebih tinggi.

Namun begitu, beliau percaya golongan miskin tidak seharusnya dibebani dengan sistem cukai sedemikian.

“Saya bersetuju, GST adalah sistem cukai yang paling telus dan cekap… tetapi pandangan saya adalah, beri sedikit masa, beberapa tahun, (kita mesti) pastikan ambang gaji meningkat kepada minimum RM3,000-RM4,000, kemudian barulah kita boleh selaraskan dasar,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-78 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini, hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelaksanaan GST telah menjadi isu berterusan selama beberapa dekad, malahan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an.

Beliau tidak bersetuju pada masa itu kerana merasakan gejala rasuah yang membabitkan berbilion ringgit, antara lainnya, perlu ditangani terlebih dahulu. – 13 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related