HEADLINES

Disindir ‘hampir mati’ kerana kalah beberapa PRK, Mas Ermieyati tegaskan PAS – Bersatu tidak tergugat

Kecaman dan cubaan untuk melaga-lagakan gabungan yang kalah dalam pertandingan pilihan raya adalah perkara lumrah dalam berpolitik

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Srikandi Bersatu yang baharu, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin yakin hubungan PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) tidak akan tergugat dan kekal bergandingan menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan seterusnya.

Keyakinan itu dilontarkan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu sebagai menjawab serangan dan sindiran beberapa pemimpin parti kerajaan terhadap parti gabungan PN susulan kekalahan di beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Takdalah hubungan bertambah keruh atau tidak baik seperti dakwaan pihak tertentu (disebabkan kekalahan pada PRK) tidak ada, isu itu langsung tidak timbul. Hubungan antara pemimpin Bersatu dan PAS tetap baik.

“Dalam satu gabungan ini, keberadaaan mereka (PAS) amat kita hargai dan akan pastikan kerjasama dan hubungan ini berterusan, berkekalan sehingga PRU yang akan datang dan seterusnya.

“Kita saling perlu menjaga antara satu sama lain, mereka (PAS) ada kelebihan dalam PN dan itu tidak nafikan dan kita juga nak belajar macam mana jadi hebat seperti PAS,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mas Ermieyati yang menang jawatan Ketua Srikandi tanpa bertanding, tidak menafikan Bersatu banyak belajar daripada pengalaman PAS yang lama bergelar pembangkang.

“Saya pun sendiri ada hubungan baik dengan ramai pemimpin PAS, saya hormati dan juga sentiasa belajar daripada mereka yang dah lama sebagai pembangkang

“Kita boleh belajar daripada jentera PAS, dalam mereka melaksana tugas di lapangan, selain kerja parti dan khidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kecaman dan cubaan untuk melaga-lagakan gabungan yang kalah dalam pertandingan pilihan raya adalah perkara lumrah dalam berpolitik.

“Yang menang tu boleh cakap macam-macam sebab mereka menang dan itu dalam mana-mana siri pilihan raya , kita akan berhadapan dengan situasi itu.

“Contoh masa PRK di Sungai Bakap, Pulau Pinang, mereka (Barisan Nasional dan Pakatan Harapan) pun masuk ke ‘gua’ juga (kalah), ketika itu kita (PN) yang serang mereka, jadi perkara ini adil untuk mana-mana situasi.

“Cuma kekalahan di setiap siri pilihan raya itu kita belajar sesuatu, di Nenggiri lain ilmunya, di Mahkota lain pula pengalamannya , jadi kita tengok apa yang kita boleh tambah baik bagi gabungan ini menuju PRU16,” katanya.

Tambahnya, bagi meningkatkan sokongan rakyat terhadap Bersatu dan PN khususnya, isu rakyat yang diperjuangkan perlu secara menyeluruh dan pelbagai tanpa terhad kepada soal Melayu dan Islam sahaja.

“Menuju ke hadapan dengan semangat baharu, saya bersama Srikandi juga berazam untuk memperjuangkan pelbagai isu termasuk soal wanita, kekeluargaan, ekonomi, sosial dan sebagainya merentasi kaum dan agama,” katanya.

Sebelum ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Nur Jazlan Mohamed antara pemimpin yang keras menyerang Bersatu dan PN termasuk diumpamakan seperti ‘orang yang sudah mati, tapi belum disemadikan’ susulan siri kekalahan di PRK Mahkota dan Nenggiri. – 13 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related