◉ HEADLINES

MP pembangkang cadang MCMC dipindah ke Kementerian Digital

Adalah tidak munasabah Kementerian Digital yang diberi mandat mengurus segala perkara berkaitan digital negara tetapi tidak mempunyai mandat ke atas ‘the basic building block’ iaitu infrastruktur digital

6:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak sesuai berada di bawah Kementerian Komunikasi dan dicadangkan dipindahkan ke Kementerian Digital.

Cadangan itu dilontarkan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan Bajet 2025.

Beliau berkata, ini kerana adalah tidak munasabah Kementerian Digital yang diberi mandat mengurus segala perkara berkaitan digital negara tetapi tidak mempunyai mandat ke atas ‘the basic building block’ iaitu infrastruktur digital.

“Kementerian Digital seharusnya menerajui setiap aspek ekosistem digital supaya dapat diselenggara secara holistik dan mampan.

“Ini penting untuk memastikan Malaysia dapat membina dan memupuk ekosistem digital bertaraf dunia dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Pada masa ini saya berpendapat terdapat satu teras besar yang seharusnya berada di bawah bidang kuasa Kementerian Digital tetapi masih berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi, iaitu infrastruktur digital.

“Infrastruktur digital adalah ‘the basic building block’ untuk usaha-usaha pendigitalan negara. Ia juga tonggak utama ekonomi digital negara, tonggak utama hubungan digital dengan jiran serantau khususnya negara Asean.

“Saya ingin cadangkan agar bidang kuasa ini termasuk pihak yang mengawal selia infrastruktur digital SKMM distruktur semula dan peranan yang berkaitan dipindah ke bawah bidang kuasa Kementerian Digital,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama kerajaan perlu mengkaji semula struktur organisasi MCMC yang mempunyai tiga peranan utama mengawal struktur selia digital, merancang keperluan infrastruktur digital untuk masa depan dan kawalselia atas talian.

“Dua daripada tiga (perkara) itu lebih utama sekarang ini tak berada di bawah Kementerian Digital.

“Jadi adalah tidak sesuai SKMM kekal di bawah Kementerian Komunikasi, saya mencadangkan ia dipindahkan ke bawah Kementerian Digital,’’ katanya.

Tambahnya, Kementerian Digital seharusnya menerajui setiap aspek ekosistem digital supaya dapat diselenggara secara holistik dan mampan

“Ini penting untuk memastikan Malaysia dapat membina dan memupuk ekosistem digital bertaraf dunia dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. – 22 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related