◉ HEADLINES

Op Global: 68 permohonan perintah mahkamah kembalikan kanak-kanak diselamatkan sedang diproses

Nancy berkata pihaknya memerlukan dokumentasi lengkap untuk membuktikan kanak-kanak itu mempunyai pertalian sebagai anak mahupun kekeluargaan sebelum menyerahkan mereka kepada mana-mana pihak

3:27 PM MYT

 

KANGAR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang memproses 68 permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengembalikan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global kepada ibu bapa atau penjaga atau orang yang layak dan sesuai.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihak JKM perlu melaksanakan tugas dengan teliti dan terperinci termasuk siasatan mengikut lunas undang-undang sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada keluarga mereka yang sebenarnya.

“Sebab ada satu kes di mana ibu dan bapa, kedua-duanya berebut mengatakan itu anak mereka, mungkin itu betul anak mereka, jadi pegawai kami terpaksa temu ramah mereka yang mengaku ibu dan bapa ini. Apa berlaku sekarang ini kita sudah mendaftar nama mereka yang menuntut (dikembalikan kanak-kanak itu).

“Selepas itu kita menjalankan siasatan dahulu sebelum kita menghantar kepada pihak mahkamah, bila kita nak melindungi kita mohon mahkamah, lepas itu nak hantar keluar (kepada keluarga) tetap mohon mahkamah juga, itu adalah peraturan undang-undang,” katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak 2024 peringkat Perlis di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Mohd Shukri Ramli hari ini.

Nancy mengulas laporan media mengenai dakwaan sepasang suami isteri tentang penahanan anak mereka di sebuah rumah amal di Rasah, Negeri Sembilan pada 11 Sep lepas di bawah OP Global meskipun mereka tiada kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Dalam laporan itu, pasangan suami isteri itu meminta JKM memulangkan semula bayi perempuan yang berusia kira-kira setahun itu kepada mereka.

Mengulas lanjut, Nancy berkata pihaknya memerlukan dokumentasi lengkap untuk membuktikan kanak-kanak itu mempunyai pertalian sebagai anak mahupun kekeluargaan sebelum menyerahkan mereka kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya menyerahkan kanak-kanak itu kepada penuntut tanpa bukti sahih dan perintah mahkamah untuk mengelakkan berlakunya sebarang isu.

“…kita tak tahu ibu bapa itu adalah betul atau tidak, kita bukan menahan mereka (kanak-kanak itu) tetapi mereka diambil pihak polis bersama JKM di tempat bukan bersama ibu bapa, jadi kita tak tahu siapa ibu bapa mereka…bayangkan kalau anak itu kita serah kepada sesiapa sahaja yang menuntut, selepas itu salah,” katanya.

Nancy berkata 54 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global telah diserahkan kepada ahli keluarga mereka yang layak setakat ini, sekali gus menjadikan jumlah yang masih berlindung di pusat perlindungan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 seramai 506. – 28 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

Maxim Malaysia secures full Apad licence, elevates safety and inclusivity in e‑hailing

Apad approval means verified drivers, stronger safety tools, and more freedom for gig partners

Dilema pelakon veteran, tiada tawaran sejak berbulan lamanya, watak ibu digantikan dengan pelakon muda

Kisah pelakon veteran tidak menerima sebarang tawaran lakonan bukanlah sesuatu yang baru. Kemelut ini berlaku sejak sekian lama namun situasi ketika ini semakin meruncing

◉ Related