HEADLINES

Hadi mimpi bertemu Nabi: pengerusi MKI akan bagi penjelasan: Na’im

Mohd Na’im berkata pihak Jakim juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu terbabit dalam masa terdekat

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Datuk Nooh Gadut sudah diminta memberi penjelasan dan pencerahan kepada masyarakat berkaitan isu mimpi bertemu Rasulullah SAW.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata dalam masa sama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu terbabit dalam masa terdekat.

“Pihak Jakim akan mengeluarkan kenyataan. Saya telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah untuk memberikan penjelasan dan pencerahan kepada masyarakat berkaitan dengan isu mimpi Rasulullah itu,” katanya kepada media hari ini.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial video Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bermimpi bertemu Rasulullah di masjid kawasan Parlimennya di Pantai Timur.

Terdahulu Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan tiada paksaan bagi mana-mana pihak untuk mempercayai pendedahan Abdul Hadi yang tular di media sosial.

“Apabila Tuan Guru menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah, terserahlah sama ada mahu percaya atau tidak, tiada siapa yang memaksa.

“Adapun kami sebagai ‘anak-anak beliau’ di dalam PAS, kami memilih untuk percaya, apa yang anda hendak kalut? Kami faham, ia diceritakan sebagai satu perkongsian ‘keluarga’.

“Ia bukan diangkat untuk tujuan memuja diri sendiri,” katanya.

Tambah beliau, mimpi Presiden parti itu boleh dijadikan hujah kerana tidak bertentangan syarak.

“Mimpi Presiden PAS menyeru kepada perpaduan ummah dan selaras dengan tuntutan Islam.

“Ada ulama Umno berkata, mimpi bertemu Rasulullah SAW tidak boleh dijadikan hujah. Tetapi jika apa yang didapati daripada mimpi selari dengan tuntutan syarie, tiada masalah.

“Menyuruh ke arah perpaduan ummah bukankah selari dengan tuntutan syarie? Jadi ia memperkuatkan azam dan tekad melaksanakan tuntutan Islam.

“Lainlah jika tiba-tiba mimpi tersebut mengarahkan sesuatu yang bertentangan dengan syarak,” katanya. – 4 November, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related